8/28/2009
8/21/2009
Two Round [ Turun ]
Kencing
8/13/2009
31 OGOS TIBA LAGI
mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah
dalam matang akal fikir
semangat dan kudrat masih berbaki
merisik khabar pejuang yang jauh
dalam lipatan darmawisata merdeka
mahalnya nostalgia.
Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua
menyentak lolong makrifat membiak musim
ceriteranya berderai plotnya berkecai
mengirai skrip duga yang tak sudah
atas aspal fatamorgana bumi bertuah.
Ogos yang sujud di kaki merdeka
tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang
tetap menyimpul senyum
meskipun termateri kenangan pahityang mahal dan cantik.
Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi
siap siaga warga berdaulat memahat sejarah
dalam tamadun bangsa yang gah.
Terima kasih pejuang tanah merdeka
terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!
WAN ZAHARI WAN ALI,
SMK Saujana,
Setiu,
Terengganu.
8/09/2009
Kata Nama Khas[Bahasa Malaysia]
2) Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.
Contoh
manusia - Agustian, Midori, Nurhafizah, Victor, Peter, Nicholas, Suwandi, Billy
haiwan - Tompok, Jalak, Sang Kancil, Si Comel
benda - Proton Saga, Panadol, Kamus Dewan
Kata Nama Am[Bahasa Malaysia]
2)Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali di awal ayat.
Contoh
manusia -emak, ayah, kerani, guru, penoreh, askar, budak, polis
haiwan -kambing, buaya, lembu, siput, udang , monyet, cacing, itik
tumbuh-tumbuhan -sawi, cendawan, pandan, rumput, buluh, lumut
benda - meja , kerusi, baju, pensel, buku, batu, kereta, cawan
tempat -bilik,padang sungai, semak, pantai, bandar, dewan, surau
Latihan [hitamkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kata nama am]
1. Buku-buku di dalam almari itu kepunyaan kakak saya
2.Perayaan hari guru disambut 16 Mei setiap tahun.
3. Saya meminta ibu supaya membelikan pemadam, pembaris dan pensil.
8/08/2009
....
Jerebu
Kelembapan air kurang daripada 95%
Komponen – komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
Golongan yang berisiko tinggi ialah kanak-kanak, orang tua ,mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
Tanda dan gejala :
i) Gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
ii) Sesak nafas atau sukar untuk bernafas
iii) Mata pedih dan berair
iv) Hidung berair dan kerap bersin
v) Kulit badan gatal-gatal
vi) Sakit dada
8/05/2009
Jerebu Di Bintulu
Dah 2 hari atau lebih jerebu..
Bintulu panas dah, kepanasan tahap air-cond.
Aku rasa hari ni lagi teruk dari semalam.
Indeks pencemaran udara (API) semalam 117 tapi hari ini 127 pagi tadi.
Aku dapat beberapa information daripada pemberita2 lain..
Bintulu, 4 Ogos 2009 - Kebakaran hutan berlaku pada sebelah tengahari dan berlanjutan sehingga ke petang dimana kepanasan yang melampau menyebabkan hutan dan kawasan kering sekitar jalan utama Tatau-Bintulu (Pan-Borneo Highway) terbakar teruk dan semakin merebak jauh ke dalam hutan berdekatan. Saksi yang berkesempatan mengambil gambar berkenaan dalam perjalanan dari Pekan Tatau menuju ke Bintulu untuk urusan kerja, memberhentikan kenderaan beliau untuk merakamkan saat berikut serta membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut supaya ianya tidak semakin teruk. Antara kawasan yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan ini pada hari semalam adalah dikawasan Semanok, Jln. Tatau-Bintulu dan juga Bukit Setiam, Jln. Tatau-Bintulu dan kawasan-kawasan lain hanya mengalami kebakaran kecil sahaja. Keadaan pagi td amat kurang memuaskan dan jarak penglihatan secara tidak rasminya menjangkau 500-700 meter sahaja dan banyak kenderaan yang menggunakan laluan jalan ini memandu dengan perlahan dan membuka lampu kereta supaya mudah dilihat dari arah hadapan.Menurut sumber daripada berita radio, pagi td, seluruh bahagian di Sarawak mula diselubungi jerebu akibat kepanasan kemarau dan kebakaran hutan yang berlaku sejak minggu lepas lagi. Fenomena ini akan berterusan sehingga penghujung September atau awal Oktober dan ianya sukar untuk dibendung dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar kerana ianya boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.